Feature Top (Full Width)

APAKAH FROG VLE


Apakah Frog VLE?

Pihak sekolah memohon kerjasama semua pihak bagi menjayakan program ini.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Manakala ibu bapa juga boleh memantau perkembangan pembelajaran anak mereka melalui pembelajaran maya ini. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog Vle yang berasaskan cloud.


Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. ``Lompatlah Ke Dunia Baru Bersama Frog Vle``



Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. 

Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. 

Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE.

 Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. 

Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.